Rabu, 19 Disember 2012

TEKA SILANG KATA - Kata Kerja


Melintang

2. Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang__________ di dewan sekolah.
4. Puan Maria_________ pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
6. Monyet itu___________ pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
7. Penyanyi baru itu___________ dengan penuh semangat.
8. Rohaimi selalu _______ di sungai itu dengan kawan-kawannya.

Ke Bawah

1. Zulkarnain__________borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
3. Rosli____________ ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
5. Encik Shaari ___________parang itu sehingga tajam.



Isnin, 17 Disember 2012

Cari Kesalahan Dalam Gambar Ini.

Gambar: Drive baik-baik ye meow.

Latihan Penulisan





1. Bina dua ayat berdasarkan gambar di atas.

Pantun Teka - teki


Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?


Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Permainan Bahasa ( Kata Nama)

Mencari benda tersembunyi





1. sudu
2. anak itik
3. gunting
4. kura-kura
5. topi
6. tongkat
7. jarum
8. rama-rama
9. ulat

Jenaka Hari ini




Selasa, 11 Disember 2012

KATA GANTI NAMA


Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1.Kakak, _____________ dahaga, kata Hanna kepada kakahknya
A kita 
B kami
C saya
D mereka

2. Aiman dan Amin bersahabat baik. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 .Siapakah nama ______________ ?
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4. Putra kawan baik saya, ________ anak yatim piatu.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5. _____ ialah Guru Besar sekolah saya.
A dia
B kami
C kamu
D beliau

Khamis, 29 November 2012

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya iniitu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
contoh ayat: 1)Saya seorang yg rajin.
                   2) Awak hendak ke mana?
                   3) Dia kawan baik saya.

Gariskan kata nama khas dalam petikan di bawah.



ALOR GAJAH, Selasa  - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer dari bandar Melaka.

Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di hadapan rumah bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia sempat menjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan air.

Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh penduduk kampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap dan hujan turun semakan lebat.

Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa agar melarang anak-anak mereka daripada bermain air.

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.


1.
Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.
2.
Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3.
Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah
 alam sekitar.
4.
Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika 
dia berusia tiga hari.
5.
Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6.
Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing
 kecuali budak yang begar itu.
7.
Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8.
Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9.
Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan
 Encik Suki.
10.
Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
11.
Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
12.
Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
13.
Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
14.
Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.
15.
Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Gariskan kata nama khas dalam ayat di bawah.


  1. Encik Jeva sedang mencuci kereta.
  1. Jiran saya baru berpindah dari Putrajaya.
  1. Ibu membeli sepasang kasut Asadi untuk saya.
  1. Kucing kesayangan saya bernama Si Putih.
  1. Makanan di Restoran Ratha sungguh sedap.

Contoh Kata Nama Khas



kereta Kenari


si Tompok


bandaraya Kuala Lumpur




pen  Parker

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,Si Tompok, dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Gariskan kata nama am dalam petikan.


Melancong ke Pulau Pangkor
        Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah melancong ke Pulau Pangkor. Kami ke sana menaiki kereta yang dipandu oleh bapa saya. 

       Dari Pekan Lumut ke Pulau Pangkor , kamu telah menaiki feri. Kami bermalam di Purnama Beach Resort.

       Saya berpeluang bermandi-manda di laut dan membina istana pasir di tepi pantai. Saya berasa sangat seronok semasa berada di sana.


Sabtu, 29 September 2012

Gariskan kata nama am yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

  1. Beberapa batang jalan akan ditutup terhadap lalu lintas akibat banjir yang melanda.
  2. Setiap petang kami beriadah di taman itu.
  3. Langsir yang nenek pasang pada tingkap itu sudah lusuh.
  4. Banyak pokok telah tumbang semasa ribut kencang semalam.
  5. Beberapa ekor burung hinggap di dahan pokok rambutan itu.


Lagu Bangau Oh Bangau



                      Sebutkan kata nama am yang terdapat dalam lagu Bangau Oh Bangau.
CONTOH KATA NAMA AM

kereta


kucing


adik


kasut


sungai


cikgu


KATA NAMA AM

1. Digunakan untuk menerangkan nama sesuatu benda, orang, tempat, jawatan, haiwan atau pangkat.


Contoh:

  •  lelaki, ibu, ayam, kucing, guru

2. Ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada pangkal ayat.

Contoh :

  • Penari itu menari dengan baik.

PENGAJARAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH








1. Tatabahasa diajar secara penyerapan semasa proses pengajaran.

2. Berikan contoh yang besesuaian dan mencukupi bagi membina kefahaman murid-murid.

3. Memperbanyakkan latih tubi secara berlisan.

4. Sediakan media mengajar bagi meransang kefahaman murid-murid.

5. Penggunaan laras bahasa serta tatabahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran.




KATA NAMA


PENGAJARAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH



PENGENALAN.

Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentangan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.

Blog saya mengutarakan topik berkaitan Kata Nama Am.

Selasa, 25 September 2012

Salam Pengenalan

Pertama kali membuat blog dalam sejarah hidupku. Anak-anak sebagai sumber inspirasiku dalam meneruskan legasi pendidikan seiring dengan hasrat negara.